Posts

Showing posts from 2019

10 PAKET KUEY TEOW HASILKAN PULANGAN RM201

Image
Nampak sedap!!! Warnanya pun memang mengiurkan… Begitulah tekak orang kita bila melihat makanan, warna yang menarik pasti sedap rasanya. Bagi peminat kuey teow goreng warna memainkan peranan penting, sekiranya pudar maka kurang pecah air liurnya. Kuey Teow Kerang, satu menu yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat kita. Makanan ini senang didapati di pasar-pasar malam atau di kaki-kaki lima kedai yang dimasak mengikut pesanan pelanggan. Tidak kurang juga yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membelinya walaupun hanya sebungkus. Tak sah, menikmati Kuey Teow Kerang tanpa membawa balik cili jeruk hijau yang dipotong. Baru-baru ini kami bercadang untuk memasak Kuey Teow Kerang bagi merai kawan-kawan anak yang datang beraya di rumah . Masanya agak singkat dan kebetulan pula kami agak sibuk dengan undangan rumah terbuka Hari Raya Idilfitri. Keputusan diambil untuk menggunakan ibu sambal yang dijual di pasaran bagi memasak kuey teow tersebut. Lalu kami menyediakan b