Posts

Showing posts from March, 2017

PENTINGKAN KUALITI…

Image
Sambal tumis ‘Ibu Sambal D’Apbroze’ dibuat secara tradisional bagi mengekalkan keasliannya. Setiap kandungan bersih 220g, kelembapannya cuma 24 peratus bagi menjamin ia benar-benar pekat. Ramuannya dijamin bersih & suci, tanpa bahan pengawet. Tradisi yang diperturunkan dari generasi ke generasi bagi memastikan kelazatan hidangan keluarga zaman silam. Bawalah balik sebotol, kami pasti hidangan seisi keluarga anda lain daripada yang lain. Encik suami pasti bertambah sayang…. Cuba laaaaa…. Tunggu apa lagiiiiii…. 

RINDU MASAKAN IBU...

Image
Gulai Darat/Kampung/Sumatera ayam kampung adalah masakan kegemaran ibu bila setiap kali balik kampung. Hidup di perantauan sukar untuk nikmati itu semua.  Nak masak sendiri sibuk dengan tugasan atau mungkin tak tahu nak masaknya. Panaskan 2 sudu besar Ibu Sambal D'Apbroze kemudian masukkan sedikit halia, lengkuas, serai, jintan manis, serbuk kunyit dan santan ikut cita rasa.  Kacau sehingga hampir mendidih kemudian masukkan 1 ekor ayam kampung yang telah dipot ong. Mudahkan???...Dengan sambal tumis 'IBU SAMBAL D'APBROZE' kerinduan anda kepada masakan ibu terubat. Cuba laaaaaa... 

RAHSIA SAMBAL TUMIS...

Image
Sudah menjadi tradisi di kampung suatu ketika dahulu, sehari sebelum majlis kenduri diadakan kaum ibu sibuk bergotong-royong mengupas bawang, potong cili kering dan lain-lain lagi. Bahan-bahan tadi dikisar menggunakan pengisar batu dan ditumis sebelum lembu yang direbahkan menjadi gulai kawah. Walaupun dimasak dalam kawah besar dengan kuantiti yang banyak rasanya tetap sedap. Sekarang sebut saja gulai kawah, ramai yang berpusu-pusu ingin membelinya sehingga sanggup beratur. Itulah kelebihan sambal tumis dalam setiap masakan, kini resipi tradisi warisan Melayu itu ada pada Sambal Tumis D'Apbroze.