Posts

Showing posts from March, 2018

PRODUK IKS BIMBINGAN MARDI, FAMA, SME LINK BHD DAN DEWAN USAHAWAN MUSLIM MALAYSIA

Image
Kami adalah usahawan Indastri Kecil Sederhana (IKS) di bawah bimbingan MARDI, FAMA, SME Link Bhd & Dewan Perniagaan Muslim Malaysia. Setahun enam bulan sebelum dipasarkan beberapa sampel telah dihantar ke makmal MARDI untuk diuji ketahanannya bermula November 2015. Selepas selesai ujian kami dibimbing dengan kaedah pembungkusan oleh agensi berkenaan. Beberapa botol sampel pertama telah disimpan pada suhu bilik selama tempoh di atas, setiap tiga bulan sampel tersebut diuji kualitinya bagi memastikan keaslian rasa sambal berkenaan tidak terjejas. Akhirnya setelah botol terakhir dibuka pada Februari 2017, barulah kami berpuas hati dan sekali lagi ujian nutrisi dilakukan di makmal MARDI sebelum dipasarkan atas jenama Ibu Sambal D'Apbroze. Ketika berada di pasaran bermula April, 2017, Ibu Sambal D'Apbroze banyak mengikuti kursus-kursus pemasaran agro makanan anjuran Bahagian Pendidikan Pemasaran FAMA sehingga ke hari ini. Manakala SME Link Bhd pula bany

INGINKAN MAKANAN LAZAT DENGAN KOS MURAH...

Image
Rindu kepada masakan ibu mendorong Ibu Sambal D’Apbroze dikomersialkan bagi membolehkan ia dibawa merentasi sempadan. Pastinya ia akan memudahkan anak lelaki kami menikmati makanan Malaysia yang sedang belajar di New Zealand. Selama kira-kira 50 tahun resipi sambal warisan keluarga ini digunakan untuk memasak lebih 20 makanan berasaskan cili kering, bawang merah dan bawang putih. Antaranya gulai, rendang, kari, kuah laksa penang, asam pedas, sambal ikan bilis, masak pedas, paprik, nasi goreng dan lain-lain lagi. Hanya masukkan satu (1) hingga dua (2) sudu besar untuk hidangan tiga (3) hingga lima (5) orang. Proses penyediaan sambal daripada mengisar dan memasak dilakukan begitu teliti bagi menjamin kualiti dan keasliannya . Beberapa orang tetamu yang pernah menikmati hidangan mengesyorkan supaya kami membukabrestoran ketika berkunjung ke rumah. Lalu timbul kesedaran untuk membantu orang-ramai terutama mereka yang sentiasa sibuk menikmati makanan lazat dengan k

SAMBAL TERBAIK DI PASARAN...

Image
Niat untuk menghadiahkan kepada rakan-rakan mendorong Puan Mary Wong dari Singapura membuat pesanan sendiri untuk membeli 20 botol Ibu Sambal D'Apbroze, hari ini. Kali pertama menggunakan ibu sambal apabila seorang rakan daripada Malaysia yang bekerja di sana menghadiahkan kepada beliau. "Saya mesti kata ianya adalah sambal yang sudah siap terbaik di pasaran Sos asas untuk memasak tidak perlu lagi disediakan. Hanya guna sambal ini, kemudian tambah apa saja yang ingin dimasukkan", ujar Mary selepas pertama kali mecubanya.  Beliau selepas itu membeli Ibu Sambal D'Apbroze dengan mengirim melalui rakannya yang balik ke Kuala Lumpur setiap bulan.