PRODUK IKS BIMBINGAN MARDI, FAMA, SME LINK BHD DAN DEWAN USAHAWAN MUSLIM MALAYSIA
Kami adalah usahawan Indastri Kecil Sederhana (IKS) di bawah bimbingan MARDI, FAMA, SME Link Bhd & Dewan Perniagaan Muslim Malaysia. Setahun enam bulan sebelum dipasarkan beberapa sampel telah dihantar ke makmal MARDI untuk diuji ketahanannya bermula November 2015. Selepas selesai ujian kami dibimbing dengan kaedah pembungkusan oleh agensi berkenaan. Beberapa botol sampel pertama telah disimpan pada suhu bilik selama tempoh di atas, setiap tiga bulan sampel tersebut diuji kualitinya bagi memastikan keaslian rasa sambal berkenaan tidak terjejas. Akhirnya setelah botol terakhir dibuka pada Februari 2017, barulah kami berpuas hati dan sekali lagi ujian nutrisi dilakukan di makmal MARDI sebelum dipasarkan atas jenama Ibu Sambal D'Apbroze. Ketika berada di pasaran bermula April, 2017, Ibu Sambal D'Apbroze banyak mengikuti kursus-kursus pemasaran agro makanan anjuran Bahagian Pendidikan Pemasaran FAMA sehingga ke hari ini. Manakala SME Link Bhd pula bany...