PRODUK IKS BIMBINGAN MARDI, FAMA, SME LINK BHD DAN DEWAN USAHAWAN MUSLIM MALAYSIA
Kami adalah usahawan Indastri Kecil Sederhana (IKS) di
bawah bimbingan MARDI, FAMA, SME Link Bhd & Dewan Perniagaan Muslim
Malaysia.
Setahun enam bulan sebelum dipasarkan beberapa sampel telah
dihantar ke makmal MARDI untuk diuji ketahanannya bermula November 2015.
Selepas selesai ujian kami dibimbing dengan kaedah
pembungkusan oleh agensi berkenaan. Beberapa botol sampel pertama telah
disimpan pada suhu bilik selama tempoh di atas, setiap tiga bulan sampel
tersebut diuji kualitinya bagi memastikan keaslian rasa sambal berkenaan tidak
terjejas.
Akhirnya setelah botol terakhir dibuka pada Februari 2017,
barulah kami berpuas hati dan sekali lagi ujian nutrisi dilakukan di makmal
MARDI sebelum dipasarkan atas jenama Ibu Sambal D'Apbroze.
Ketika berada di pasaran bermula April, 2017, Ibu Sambal
D'Apbroze banyak mengikuti kursus-kursus pemasaran agro makanan anjuran
Bahagian Pendidikan Pemasaran FAMA sehingga ke hari ini.
Manakala SME Link Bhd pula banyak membuka ruang kepada Ibu
Sambal D'Apbroze dalam memasarkan produk ke rangkaian pasar-pasar mini yang bernaung di bawah mereka.
Selain itu badan bukan kerajaan itu banyak membuka laluan
kepada Ibu Sambal D'Apbroze untuk dipromosikan di karnival jualan yang
berprestij dalam negara seperti Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau
Pinang yang dianjurkan setiap tahun.
Malah badan bukan kerajaan ini turut menjemput kami
menghadiri ekspo-ekspo perniagaan halal di luar negara.
Comments
Post a Comment